Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 9, 2011

Update: Trip Kenyir (29 - 30 Mei 2011)

Bismillahirrahmanirrahim...

Berikut adalah status penyertaan untuk trip ke Kenyir yang telah disahkan sehingga 9 Mei 2011 iaitu:

1. To'Ki & To'Wan
2. BaMa & Family
3. BaAn & Family
4. BaHa & Family
5. MakLong
6. MakTeh
7. AyahChik

Sehubungan itu, tindakan seterusnya adalah menyusunatur pergerakan pergi-balik ke sana dan urusan makan/minum sewaktu di sana.

Bagi pergerakan pergi-balik, Bakarians dikehendaki untuk berkumpul di jeti Tasik Kenyir pada waktu tengahari untuk menaiki bot ke tempat penginapan. Dari segi pergerakan ke situ, mungkin ada yang akan bergerak terus dari rumah masing-masing atau berkumpul di rumah To'Ki terlebih dahulu. Pandai-pandailah menyusun sendiri jadual ye, yang penting semua ada di jeti pada hari Ahad, jam 12 tengahari. Kita akan dibawa menaiki bot ke tempat penginapan dan terus check-in jam 1 petang. Dari situ, aktiviti pada waktu petang adalah bebas iaitu sama ada untuk menaiki bot, berkayak, memancing, mandi air terjun atau kuak lentang di atas katil (yang ni paling best!). Malamnya pula kita akan adakan BBQ untuk makan malam dan seterusnya dicadangkan aktiviti jimba-jimba seperti musical chair atau apa-apa yang dirasakan boleh menghiburkan Bakarians. Jangan suruh bernasyid sudah...

Pada keesokan harinya, kita akan melawat sangkar ikan kelah, taman herba, air terjun dan tempat-tempat menarik di sekitarnya sebelum check-out. Sebenarnya dari segi susunatur nak melawat tempat-tempat menarik ni, MakLong dimaklumkan boleh dibincangkan semula dengan pengurusan sama ada nak diadakan pada hari pertama atau kedua atau dibahagikan kepada 2 hari. Yang ni MakLong open for any suggestions and discussions from Bakarians.

Ok, untuk urusan makan/minum pula, kadar bayaran adalah RM30/dewasa dan RM15/kanak2 (3 - 12 tahun) iaitu melibatkan makan t/hari dan BBQ untuk hari pertama serta sarapan pada hari kedua.

Untuk bayaran pakej makan/minum ni, Bakarians kena bayar kepada MakLong selewat2nya pada 20 Mei 2011 untuk melancarkan penyediaannya. Harap dapat kerjasama dalam soal ni sebab aktiviti ini untuk manfaat dan kebaikan bersama juga. Bayaran boleh dibuat sama ada secara tunai atau transfer ke dalam akaun Maybank MakLong (164212290406). Siapa-siapa yang dah bayar akan MakLong warwarkan dalam blog ini untuk makluman bersama.

Kalau dilihat kepada status penyertaan, kadar bayaran untuk setiap keluarga adalah seperti berikut:

1. To'Ki & To'Wan - RM60 (MakLong bayarkan @ any volunteer???)
2. BaMa & Family - Dewasa (RM210) + Kanak2 (RM15) = RM225
3. BaAn & Family - Dewasa (RM60) + Kanak2 (RM30) = RM90
4. BaHa & Family - Dewasa (RM60) + Kanak2 (RM30) + Baby (FOC) = RM90
5. MakLong - RM30
6. MakTeh - RM30
7. AyahChik - RM30

Sila ambil maklum, bayaran untuk bot perlu dijelaskan sendiri oleh Bakarians pada hari kejadian nanti kepada pengendali bot untuk aktiviti bersiar-siar keliling tasik atau berkayak. Kadar bayaran bot untuk pergi-balik ke tempat penginapan sahaja telah MakLong jelaskan bersama bayaran tempat penginapan sebelum ini.

Diharap kepada Bakarians yang telah mengesahkan penyertaan agar dapat mengambil tindakan sewajarnya terutama urusan bayaran makan/minum supaya proses pengesahan dengan pengurusan tempat penginapan dapat diselesaikan segera. Kesegeraan menjelaskan bayaran akan menentukan tahap keseriusan kita semua memastikan kejayaan program kekeluargaan ini. Nawaitunya hanya satu, demi keluarga!

Jika ada Bakarians yang terpaksa menarik diri (harap tidak ada) pada saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, harap sangat-sangat dimaklumkan kepada MakLong lebih awal agar tidak mengganggu urusan tempahan makan/minum, jumlah penginapan dan pergerakan bot pergi-balik jeti-tempat penginapan kerana segala bayaran yang dijelaskan adalah melibatkan perkara-perkara tersebut. 

Semoga segala perancangan akan berjalan lancar dan menjadi titik tolak kepada penganjuran program kekeluargaan yang lebih besar pada masa akan datang, insyaAllah!

Dari 'B' Untuk 'B' jua!

1 comment:

  1. bama yang kanak2 bawah 3 tahun hok mana pulok yer?? ras besor2 belake doh.. cer citer..cer citer..

    ReplyDelete