Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 5, 2011

Kembara Langkawi - Hari 3

Bismillahirrahmanirrahim...

02 Mei 2011 - Masa untuk pulang. ML dan Adeef akan menaiki feri dari jeti Kuah ke jeti Kuala Kedah dan dengan pertolongan seorang kawan, dibawa ke lapangan terbang Bayan Lepas untuk ke KLIA. Yang lain-lain pula akan pula terus ke KL dari lapangan terbang Langkawi. Selesai memasukkan semua barang ke dalam kereta, kami singgah sebentar di kawasan Beras Terbakar yang terletak tidak jauh dari rumah penginapan kami. Kemudian kami singgah untuk sarapan di restoran Pak Hassan sebelum ke pekan Kuah sekali lagi.




Ini ultraman adik! Adei, terpaksalah bayar juga.

Pagi petang siang malam, air wajib Adeef

Begini ye tuan-tuan dan puan-puan cara untuk memakan roti canai

Selepas bersarapan, kami singgah di pekan Kuah sebentar kerana To'Soo ingin membeli coklat. Ralit sangat membeli belah pinggan mangkuk semalam sehingga terlupa nak beli coklat.

Sebelum ke jeti, tempat wajib untuk bergambar adalah Dataran Lang, ikon pulau Lagenda. Dari situ, ML dan Adeef bergegas meredah lautan manusia untuk menaiki feri sementara yang lain-lain pula bergegas ke lapangan terbang.


Feri Sea Jet 2, jam 11.30 pagi

Adeef bersama 2 dozen kacang yang berjaya di'pow' daripada pramugari di dalam kapal terbang

Dalam tren ke stesen Putrajaya, kecapekan
Sudah tentulah To'Ki, To'Wan, To'Soo dan MT tiba di KLIA lebih awal daripada ML dan Adeef yang menaiki penerbangan dari Penang jam 5.25 petang. Nyaris-nyaris juga kami terlepas penerbangan kerana terperangkap dalam kesesakan di atas jambatan Pulau Pinang. Mujur dengan muka menagih simpati Adeef, petugas membenarkan kami untuk mendaftar masuk juga walaupun kaunter telah ditutup huhu. Dari KLIA, kami naik tren ke Putrajaya Sentral dan dijemput oleh MT untuk pulang ke rumah ML.

Overall, we really enjoyed the journeys. Alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment