Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 20, 2009

Jom Shopping 2

Bismillahirrahmanirrahim...

13 September 2009: Misi membeli-belah diteruskan pada hari ini dengan sasaran kawasan adalah di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Untuk mengelakkan kesesakan, kami memilih LRT sebagai pengangkutan ke sana. Dengan tiket pergi-balik, kami turun di stesen Masjid Jamek dan pulang dari stesen Bandaraya.



Sasaran pertama adalah sekitar Jalan Masjid India. Di situ kami mengunjungi Kamdar dan Semua House. Dari situ, kami bergerak ke SOGO.

Seperti dijangka, lautan manusia membanjiri SOGO yang mengadakan jualan murah sempena Hari Raya.






Selesai membeli barangan yang diperlukan, kami meninggalkan SOGO menuju ke stesen Bandaraya pada jam 2.00 petang dan turun di stesen Sentul Timur untuk menaiki kereta yang diletakkan di situ sebelum ini.

No comments:

Post a Comment