Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 30, 2011

Lat Kg Boy The Musical (LKBTM)

Bismillahirrahmanirrahim...

ML dapat 2 keping tiket percuma tajaan Sapura untuk menonton LKBTM di Istana Budaya. Maka MT dipelawa turut serta. Tepat jam 7.45 malam kami sudah siap sedia di sana. Sempatlah makan malam sebelum memasuki dewan. Seat kami betul2 mengadap stage, seat VIP :D







Hans Isaac, pengarah yang kacak

Seriously, it was fun and we really enjoy watching the show. Awie a.k.a Usin sangat best & kelakar, Jalil Hamid a.k.a Apak yang sangat sporting, Omar Abdullah a.k.a Pak Samad yang sangat selamba dan kanak-kanak yang sangat comel. Paling best, Hans Isaac yang sangat hensem :)

Pesan Apak, kerja siang jangan sampai berlarut sehingga malam...

Monday, March 28, 2011

Wajah Baru

Bismillahirrahmanirrahim...

Selepas 2 bulan lebih berulang-alik ke bengkel, akhirnya To'Ki boleh tersenyum lebar. SA9813W sudah berwajah baru. Sukanya dia...



Wednesday, March 23, 2011

Kembara 2011: Kuching, Sarawak

Bismillahirrahmanirrahim...

Dear warga Bakarians,

Pelawaan menyertai kembara ke Kuching, Sarawak pada 16 - 18 September 2011 ini. Tempahan tiket adalah melalui AirAsia dengan kadar bayaran antara RM150-RM200 seorang bagi perjalanan pergi balik. Kadar sebenar tiket adalah bergantung kepada tempoh promosi yang boleh berubah bergantung kepada kekosongan. Setakat ini, status penyertaan yang telah disahkan adalah seperti berikut:

1. To'Ki & To'Wan - Ticket Confirmed (Automatik!)
2. BaAn & Family - Ticket Confirmed
3. MakLong - Ticket Confirmed
4. MakTeh - Ticket Confirmed
5. BaMa & Family - Will be confirmed on 25th March 2011

Kepada yang masih berminat, boleh cuba menyemak kadar tiket di laman AA. Setakat hari ini, tiket yang sama dengan tarikh dan waktu yang ditempah masih ada cuma ada sedikit perbezaan dalam RM10-RM20 sahaja.

As for the travel itinerary, as usual, it is not finalized yet and will be discussed later based on the surveys done either through Internet or words or mouth.

Jom kembara!

Tuesday, March 22, 2011

Masjid Besi @ Masjid Sultan Mizan, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim...

Semasa tengah data cleaning notebook, terjumpa gambar2 ni. Lupa bila keluar dengan 2 orang budak ini (Akid & Akif) tapi rasanya tahun lepas. Berhenti sekejap di Masjid Besi untuk solat.








Monday, March 21, 2011

Percung Perlu, Angin Katak Puru, Tahi Kera

Bismillahirrahmanirrahim...

20 Mac 2011 - To'Ki, To'Wan, MakLong & MakTeh 'percung perlu' ke Chendering menjenguk The 3 Stooges. Kebetulan Adam baru balik dari sekolah. Kami singgah sekejap je sebab ML & MT perlu balik ke KL pula. Di sana, ada seorang budak bam-bam yang 'angin katak puru' nak berjalan. Akhirnya, bergayut pada To'Ki.





Mulanya, ML nak bergambar dengan bam-bam je, tapi si abang-abangnya nak 'menyeper' jua.



Sebelum balik pula, To'Wan telah dihadiahkan tahi kera oleh Adeef. Busuk kohong kereta MT. Kui2.