Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 30, 2011

Menuju Puncak - Bukit Broga, Semenyih

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, projek Broga berjaya dilaksanakan seperti dirancang. Atas sebab-sebab teknikal, kami (ML, MT, PS) tiba di kaki Bukit Broga pada jam 7.15 pagi. Dengan bayaran RM2, kami tinggalkan kereta di celah-celah pokok kelapa sawit dan meneruskan misi.


PS warming up la konon...pagi yang gelap ok
PS & ML, pekena roti dulu

chaiyok2, boleh tahan juga kecuraman treknya tapi kalau makcik ni pun lepas, tak ke malu weh

puncak pertama, semput juga weh tapi semangat

terus ke puncak seterusnya

3 of us...iklan chupa cups

sayup kelihatan tanah yang ditarah

ML & PS...again iklan CC

PS & MT, control ayu la plak

dari jauh kelihatan seperti semut merayap

gigih

chak2 la plak...jalan weh jalan

kabus mengelilingi bandar kajang

our shoes

menuju puncak

orang nak panjat, dia nak panjat juga tapi tak lepas. terpaksa lah PS tolong ekeke

selesai sudah, turun lah

buai tempat angkasawan ambil gambar kahwin



Walaupun ada jua aksi pancit, kami berjaya sampai ke puncak menikmati keindahan alam cipta Ilahi. Kami tiba di kaki bukit pada jam 10.30 pagi dan terus ke pekan Semenyih untuk acara menyantap. Cabaran seterusnya? Bukit Cerakah mungkin.

Saturday, January 15, 2011

Tebu Bersiong

Bismillahirrahmanirrahim...

Arakian tersebut kisah seorang ayahanda yang ingin memotong tebu untuk hidangan kepada anakanda2 tercinta. Malang tidak berbau, ayahanda tersadung pada paku berkarat. Darah pekat mengalir keluar. Ayahanda segera dikejarkan ke klinik untuk mendapatkan suntikan untuk mengelakkan kesan paku berkarat.

Darah Segar

Hasilnya, 3 jag air tebu berjaya diperoleh dengan bantuan mesin kepunyaan Cikgu Ripin.

Sunday, January 9, 2011

Jom Naik Bukit Broga, Semenyih

Bismillahirrahmanirrahim...

Kembara Bukit Broga (BB) akan diadakan pada 29 Januari 2011 (Sabtu). Pendakian akan bermula jam 7.00 pagi, bermakna perlu tiba lebih awal dari itu ke kaki BB.

Dengan ketinggian 390 meter, 1279 kaki atas aras laut, pemandangan cantik ini dapat kita daki dgn hanya 45 minit daripada Kuala Lumpur. Ianya terletak 5 minit drpd University of Nottingham kampus Semenyih. Pendakian mengambil masa 30 minit hingga satu jam. It's an easy hiking.



Setakat ini, yang mungkin akan join adalah:
 
1. PakSoo
2. MakLong
3. MakTeh
 
Kalau ada yang nak join lagi, ayuh!

saya nak melaporkan accident kemalangan...









buat semua warga bakarianz.. ni la antara gambar yang sempat diambil seleps kejadian accident di jalan pantai dekat ngan sura jati...

Thursday, January 6, 2011