Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 13, 2008

Oktober 2008: Trip to Bukit Fraser - Day 2

Akhirnya berjaya juga Episod 2 (Akhir) perjalanan ke Bukit Fraser direkodkan. "Better late than never"...:)
26 Oktober 2008 (Ahad): Selesai solat Subuh, Tok Wan, Su, Mak Long, Mak Teh, Ayah Chik dan Pak Su bersiap untuk jalan-jalan. Kami berjalan kaki menyusuri jalan di tepi apartmen sehingga menemui jalan lama ke K. Lumpur dan Raub. Seronok juga beraktiviti beramai-ramai di pagi hari di samping dapat juga mengeluarkan peluh. Kami tidak tahu apakah aktiviti penghuni apartmen 2. Mungkinkah masih berhibernasi? Tapi Ayah De dah bangun masa Pak Su hantar sate tadi sebelum kami keluar jalan-jalan.

Semasa jalan-jalan tu, sempat jugalah Tok Wan dan Su merembat pokok orkid liar yang terdapat di lereng-lereng bukit. Punyalah risau Su takut ditangkap kerana ‘mencuri’ pokok orkid. Hahaha…

Hampir 2 jam ronda-ronda, kami pulang ke apartmen untuk menyiapkan diri dan meneruskan aktiviti seterusnya. Cadangannya kami ke air terjun Jeriau demi memenuhi hasrat Aqilah dan Afifah yang memang gilakan air. Pantang Nampak air, mesti nak mandi. Kalau balik kampung pun, mesti nak mandi laut. Terkenan genetik itik agaknya. Hahaha...Matilah kena ketuk dengan Afifah kalau dia dengar ni.

Perjalanan kami diteruskan dengan berpandu kepada papan arah yang disediakan. Perjalanan agak mencabar juga tambahan pula tidak banyak kenderaan yang kami temui sepanjang perjalanan tersebut. Setibanya kami di tempat tersebut, rupa-rupanya sudah ramai orang yang tiba sebelum kami. Tanpa membuang masa, Aqilah dan Afifah meluru ke dalam kawasan air terjun tersebut.

Menarik juga tempatnya tetapi mengenangkan yang kami tidak mempunyai masa yang banyak sebelum check-out dan balik, kami hanya membiarkan Aqilah dan Afifah sahaja mandi. Adam pun tengok je kakak-kakak mandi.

Kami kemudian ke gerai makan berhampiran bangunan Majlis Daerah Raub untuk tapau makan tengah hari. Kami bercadang untuk makan tengah hari di apartmen sahaja untuk keselesaan semua orang. Dalam perjalanan pulang ke apartmen, kami singgah sebentar di kedai cenderamata untuk membeli apa yang patut.

Selesai makan tengah hari, kami berkemas untuk bertolak pulang lebih kurang jam 2.30 petang. Mujurlah kami sempat untuk melepasi pintu pagar di pintu masuk Bukit Fraser. Perjalanan pulang kami lancar sehinggalah Tok Wan, Su dan Mak Teh mula mengalami rasa loya dan ingin muntah. Hahaha…kesan tersebut dirasai mungkin kerana kami baru selesai makan tengah hari sebelum memulakan perjalanan pulang. Untuk meredakan keadaan, kami berehat sebentar di kawasan rehat berhampiran empangan.

Kami meneruskan perjalanan dan berehat sekali lagi di kawasan rehat Empangan Batu, Ulu Yam sebelum menyambung perjalanan dan tiba di rumah BaHa lebih kurang jam 5.00 petang.

Alhamdulillah, percutian kami pada kali ini berakhir dengan baik dan tiada insiden mendukacitakan kecuali sedikit kejadian kerosakan pada kereta BaHa…

No comments:

Post a Comment