Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 21, 2009

Kembara: Bukit Merah Laketown Resort & Cameron Highlands

Bismillahirrahmanirrahim...

10 Julai 2009, jam 7.00 malam: Bertolak ke Bandar Tasik Puteri, Rawang untuk mengambil Athirah dan Akif sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Merah Laketown Resort.

Berhenti rehat untuk makan malam di R&R Tapah dan menyambung perjalanan untuk tiba di destinasi dituju dengan secepat mungkin.




Tiba di Bukit Merah Laketown Resort lebih kurang jam 12.30 tengah malam dan terus mendaftar masuk di apartmen yang telah ditempah lebih awal.












Hasrat kami untuk bersukaria dan bermandi-manda di sana tidak kesampaian berikutan jumlah pengunjung yang terlalu ramai. Ini kerana kami tidak mengetahui minggu tersebut merupakan minggu terakhir bagi penebusan tiket untuk pembaca Harian Metro. Ditambah pula dengan penganjuran hari keluarga oleh beberapa jabatan kerajaan dan syarikat swasta.

Jam 4.00 petang, selesai memulangkan kunci apartmen kepada pemilik, kami bertolak ke bandar Taiping untuk menuju ke Zoo Taiping. Malangnya kami tiba agak lewat menyebabkan kami terpaksa membatalkan hasrat untuk melawat zoo.

Perjalanan diteruskan menuju ke Kuala Sepetang untuk menikmati mee udang di gerai di kawasan tersebut. Kami akhirnya memilih gerai Mak Jah memandangkan keadaan yang agak sesak di gerai Mak Teh.





Jam 7.00 malam, selesai menikmati mee udang, kami terus menyambung perjalanan ke Cameron Highlands melalui jalan Simpang Pulai. Manakala MakTeh dan AyahChik pula menunggu ketibaan kami di sana.

Memandangkan kami belum membuat sebarang tempahan penginapan, kami terpaksa melilau-lilau hampir 1 jam dan akhirnya kami bertemu dengan sebuah kenderaan yang mempamerkan iklan untuk sewaan apartmen. Kami terus menerima tawaran sewaan bilik tersebut memandangkan malam sudah agak lewat dan kami juga sudah kepenatan. Dengan kadar sewa RM350/malam, kami berpuas hati dengan keadaan rumah dan kelengkapan yang disediakan.

12 Jun 2009, 10.00 pagi: Kami meninggalkan rumah penginapan dan meneruskan aktiviti wajib jika berkunjung ke Cameron Highlands iaitu melawat ladang Strawberi. Bakarianz Junior sudah pastilah orang yang paling gembira apabila dapat melihat sendiri pokok buah Starwberi dan menikmati makanan berasaskan Strawberi sepanjang berada di situ.
















Kami meninggalkan Cameron Highlands lebih kurang jam 2.30 petang kerana AyahNgah perlu meneruskan perjalanan untuk kembali ke Pahang pula. Perjalanan kami berakhir di Masjid Batang Kali sebelum masing-masing bergerak menuju ke rumah untuk meneruskan rutin harian pada keesokan harinya.

No comments:

Post a Comment