Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 2, 2010

Mencemar duli: Istana Bambu yang hampeh

Bismillahirrahmanirrahim...

Alkisahnya tadi MakLong ajaklah AyahChik dan MakTeh ke sebuah restoran bernama Istana Bambu yang baru dibuka di tepi MRR2. Yela, tiap-tiap hari lalu kat tepi pagar, tengok landskap macam menarik. Teringin nak jejak kaki ke situ. Lagipun baru dibuka pada 7 Mei 2010. Memang sangat baru.

Balik dari kerja tadi, lepas solat Maghrib dan Isyak kami bertolak ke tempat dihajatkan. Dekat je dari rumah, tak sampai 10 minit. Parking kereta betul-betul tepi pintu masuk. MakLong selamba berseluar trek, bersweater je. AyahChik dengan MakTeh pun pakai ringkas je. First impression memang wow la kan. Siap ada jambatan, kolam segala bagai.

"Wah! Ini betul-betul macam istana ni," puji MakLong.

Jejak je ke ruang utama, semua mata memandang kami. Apa tidaknya, orang lain semua pakai baju casual, kami sempoi je. Ala lantaklah, janji ada duit nak bayar.

Kami pun dibawa ke satu pondok. Menarik juga makan sambil bersila. Kami tengok yang datang tu semua macam hebat-hebat je. Siap ada yang buat birthday party lagi. Layan jela. MakLong siap dah bercita-cita nak ajak Bakarianz terutama TokWan datang sini lain kali sebab nampak macam best sangat.

Kami ditinggalkan di pondok tanpa sebarang layanan. Mula-mula ingat mungkin diaorang nak bagi masa pilih menu kot. Jadi kami pun belek-beleklah menu sepuasnya. Dalam kepala dah rancang nak pilih makanan yang best sebab harga pun memang melampau mahal. Alang-alang biar makan yang hebat terus kan.

15 minit kami menunggu akhirnya datang lah seorang mamat untuk ambil pesanan.

"Yang fried takde, yang ada cuma ini dan ini sahaja. Yang lain-lain siang je," kata budak tu.

Ek elle, MakLong dah rasa macam lain je. Ingatkan semua makanan ada, musnah harapan nak order yang best. Akhirnya kami order air kedondong asam boi, air asam boi, chicken lemon, sup ketam, pulut mangga, aiskrim dan bihun apa ntah (lupa daa).

Ok selesai. Tak lama lepas tu, budak tu datang balik.

"Minta maaf, bihun takde," kata budak tu.

MakTeh dah buat muka menyampah. MakLong dah gelak-gelak sakan sebab rasa macam entah apa-apa je. Tadi cakap macam bagus je tapi bila order, itu takde, ini takde.

Kami tunggu la order siap sambil borak-borak. Lepas 10 minit, kami dapat air suam dan semangkuk kerepek. Oklah, ada makanan ringan sebelum dapat makanan berat.

10 minit, 20 minit, 30 minit berlalu. Kami dah ubah posisi duduk. Dari bersimpuh ayu, lutut dah naik depan muka. Sebelah kaki lagi berlunjur bawah meja. Apa kes ni, jangan kata makanan, air pun tak nampak bayang. Kurang-kurang bagilah air dulu. MakLong siap set stopwatch sebab nak tengok tempoh masa menunggu.

Mungkin sebab nampak kami dah buat macam-macam aksi gaya duduk, datanglah seorang perempuan yang mula-mula kami jumpa masa jejak kaki dalam 'istana' tadi.

"Nak tanya, dah order ke belum?"

"Hah! Biar betul. Kami dah order setengah jam yang lalu. Ni stopwatch saya set nak tengok berapa lama kami tunggu," kami dah mula berangin.

Memang tak masuk akal betul. Beria-ia catit order kami tadi lepas tu cakap borang order takde. Mula nak cari salah orang lain. Oleh kerana perut dah lapar, kepala dah bengang, nada suara pun dah tinggi, kami order sekali lagi benda yang sama. Dapat semangkuk lagi kerepek. Hati makin panas, stopwatch masih berjalan.

40 minit, 50 minit...

Seorang mamat datang tanya,"Ada apa-apa masalah ke kat sini?"

Memang kena betullah, "We have been waiting for 40 minutes and we got nothing,"

Ambik ko! AyahChik dah speaking. MakLong rasa macam kelakar je bila mamat tu tanya macam tu, terus MakLong ketawa berdekah-dekah sampai tergolek-golek.

Please la, MakLong tak boleh terima kenyataan dengar soalan mamat tu. Tak nampak ke kami dah buat macam-macam gaya duduk ni.

(Istana Bambu yang hampeh)


(katalog order yang nampak menarik dengan macam2 nama makanan tapi semua takde)

(tekun baca menu yang akhirnya semua takde, haha)

Setelah kami kira, ada 6 orang yang datang tanya kami dah dapat order ke belum. Ok lepas sejam datang lah order yang dinanti-nantikan. MakTeh order chicken omellete ape ntah. Yang datang, telur dadar. Mau MakLong tak gelak tergolek-golek. Dahla cara goreng memang tak setaraf dengan tempat. Yela, kalau harga mahal, biarlah berpadanan dengan cara masak dan persembahan hidangan. Ini tak, makan kat tepi jalan lagi elok cara masaknya. Dek kerana tak tahan gelak campur bengang, kami lupa nak ambil gambar makanan tu. Yang peliknya, kami tak order pun telur dadar tadi.

Masa order tu kami dah cakap tak nak nasi putih, alih-alih datang seorang mamat bawa nasi putih. Ape kes plak ni?

"Kami mana ada order nasi putih?" kata MakTeh dengan nada bengang campur gelak sebab tengok MakLong dah gelak-gelak sampai keluar air mata.

Tolonglah, seumur hidup makan kat kedai/restoran, inilah kali pertama MakLong berdepan dengan suasana yang entah apa-apa ni. Memang gagal langsung. Nampaknya ini kali pertama dan terakhir jejak kaki ke sini.

Akhirnya, selepas sejam lebih, makanan diorder pun tak dapat-dapat, kami angkat kaki. Kecewa yang amat. Perut kembung dengan air dan kerepek je. Tiba saat nak bayar, gila mahal ayam lemon yang 2,3 ketul tu. Memang tak patut dengan hidangan. RM22 untuk beberapa ketulan kecil ayam yang dihidangkan dengan ringkas. Tak padan langsung dengan harga dan tempat yang konon-konon ekslusif. Memang sangat tak puas hati.

Untuk mengubat kekecewaan, kami ke restoran di Kampung Datuk Keramat, pekena char kuey teow sepinggan dengan air buah. Jumlah baru RM12. Sabar jela. Malam ni pulang dengan hati yang bengang kat Istana Bambu dan memang akan ban dari ke situ selamanya.

Kepada AyahDe, tak rugi pun kita tak situ sebelum ni. Memang hampeh rupanya.


3 comments:

  1. thanks for sharing.... ingat nak pi malam ni, tapi macam review tak bagus aja, yalah cancel ajalah...

    Murtabak untuk Raja??

    ReplyDelete
  2. tak bagus lgsg..xyah la pegi.cantik di luar,hampeh didlam...

    ReplyDelete
  3. saya makan 10 org menu sama kat restaurant tomyam....harga RM600 lebih...pehhh...tobat nak g dah....sayur kangkong satu piring RM45...pehhh
    x percaya...silalah ke restaurant bamboo jln ulu klang dekat dgn zoo

    ReplyDelete