Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 22, 2010

Halaqah Sentuhan Qalbu

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum warga Bakarians,

Di sini MakLong nak ambil kesempatan untuk promosi satu rancangan yang cukup menyentuh qalbu iaitu Halaqah Sentuhan Qalbu (HSQ). Rancangan ini disiarkan setiap hari Selasa, jam 10 malam. Pengacaranya adalah Ahmad Noor Sulaiman (orang ganu) dan dibantu oleh pelatih-pelatih ESQ. Bagi MakLong, MakTeh dan TokWan yang pernah mengikuti kursus ESQ sebelum ini, rancangan ini memang memberi makna yang besar dalam diri kami. Walaupun ada sesetengah pihak yang telah mengharamkan ESQ, bagi kami alumni ESQ, tidak semua perkara dalam program tersebut tidak bermanfaat. Penambahbaikan perlu ada tetapi intipatinya sungguh bermakna. Ayuh hayati dan ikuti rancangan ini nanti ya. Selamat Berhalaqah!

p/s: Kalau nak tengok koleksi HSQ episod lalu, boleh browse di YouTube atau Facebook.

No comments:

Post a Comment