Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 6, 2011

Abang Jamal

Bismillahirrahmanirrahim...

Jamal mana ni? Opppsss bukan Jamal Mok Su Lipoh ye. Nehi kabhi nehi. Jamal yang dimaksudkan adalah Jamal Abdillah. Takkan tak kenal kot, penyanyi pujaan AyahNgah ni. Penyanyi bersuara jantan, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. MakLong masih ingat lagi zaman AyahNgah muda remaja dulu, segala mak nenek tentang Jamal disimpannya. MakLong juga masih ingat temankan AyahNgah pergi kedai kaset dekat Bandar Dungun tu semta-mata nak beli kaset original Jamal. Masa tu, harga murah lagi dalam belas-belas juga tapi tak lah mahal macam sekarang. Lepas tu, kat dalam bilik tu siap AyahNgah tampal poster 'Sepi Seorang Perindu'. Haha. Jiwang karat sey.

Jadi, sempena konsert Jamal Abdillah di Istana Budaya yang akan bermula pada 7 Januari ini hingga 10 Januari 2011, MakLong teringin nak ajak AyahNgah tengok persembahan Abang Jamal ni. MakLong pun minat juga dengan Abang Jamal ni tapi tak sefanatik AyahNgah kot. MakLong tetap setia pada SRK jua. Haha.

Maka, tiket 7/1/2011 jam 8.30 malam telah dalam genggaman. Jumpa di sana (MakTeh, AyahNgah & Family)! 

2 comments: