Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 23, 2009

Hi Hi...Bye Bye

Akhirnya...Hi hi kepada SA 9813 W dan bye bye kepada TAD3217 & WHX 1775. Begitulah resam hidup ini. Patah tumbuh hilang berganti. Akhirnya usaha keras kami membuahkan hasil. To'Ki akhirnya berjaya memiliki Honda CRV idaman dan men'trade-in'kan Kia Sportage pada 20 Januari 2009 yang lalu. Alhamdulillah...

Harap-harap Honda CRV ini tidak akan memberi sebarang masalah lagi kepada To'Ki dengan syarat dijaga dengan baik jadual penyelenggaraannya. Pelbagai halangan dan cabaran dihadapi untuk memperolehi Honda CRV tersebut.

Bermula dengan usaha pencarian di Internet dan kedai-kedai kereta terpakai yang sanggup menerima Kia Sportage untuk ditrade-in dengan Honda CRV sehinggalah kepada trade-in proton Wira BaHa. Begitu juga dengan proses untuk melunaskan baki pinjaman Kia Sportage kepada pihak bank. Kesemuanya memberi kami seribu satu pengalaman dalam menghadapinya bersama.

Meskipun terpaksa mengorbankan nombor plet TAD3217, kami redha kerana itulah harga yang harus dibayar apabila kami berhasrat untuk menjual Kia Sportage. Tiada apa yang perlu dikesalkan lagi kerana alam dan kehidupan ini juga berubah. Tiada yang kekal kecuali Allah Taala jua...

No comments:

Post a Comment