Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 4, 2009

Kisah Pindah Rumah Sewa Baru

Bakarianz Terlibat:
Mak Long, Mak Teh, Ayah Chik, Pak Su

Fasa 1 (1 Januari 2009):
Mak Long bertolak dari rumah untuk mengambil Ayah Chik dan Pak Su di PJ. Kami terus menuju ke tempat sasaran meninjau rumah sewa untuk diduduki oleh Ayah Chik dan Pak Su. Ayah Chik sekarang bertugas di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh manakala Pak Su pula menjalani latihan industri di salah sebuah syarikat IT di Bangsar. Sasaran kami adalah sekitar Jalan Kuching, Segambut dan Bandar Baru Sentul (BBS). Pencarian kami bermula di Jalan Kuching. Hampir sejam lebih kami berlegar-legar di sekitar Jalan Kuching dan Segambut namun pencarian kami tidak membuahkan sebarang hasil. Akhirnya kami menuju ke BBS untuk meneruskan pencarian.

Pada mulanya pencarian kami seolah-olah tidak menampakkan sebarang hasil memandangkan hampir kesemua orang yang kami temui di sekitar kawasan tersebut mengatakan tiada kekosongan di flat Sentul tersebut. Akhirnya, berkat kesungguhan kami, pencarian kami membuahkan hasil apabila pertanyaan Ayah Chik kepada seorang pakcik memaklumkan bahawa terdapat kekosongan di tingkat 5, Blok 79. Paling terkesan, usaha tersebut adalah yang terakhir sebelum kami mengambil keputusan untuk menangguhkan pencarian buat sementara memandangkan kami semua sudah keletihan. Dengan pantas kami bergegas menuju ke rumah yang dimaksudkan untuk mendapatkan nombor telefon tuan punya rumah. Kepenatan menaiki tangga setinggi 5 tingkat tidak lagi kami rasai berikutan terlalu gembira menemui apa yang dicari. Ayah Chik terus menghubungi tuan punya rumah untuk memaklumkan hasrat menyewa di situ. Alhamdulillah rumah tersebut masih belum disewa kepada sesiapa dan kami diminta berjumpa tuan punya rumah di sekitar Wangsa Maju.

Alhamdulillah juga tuan punya rumah tersebut (Pakcik Razak) seorang yang mudah diajak berurusan dan tidak cerewet. Walaupun kami hanya meletakkan sedikit duit deposit, Pakcik Razak tanpa banyak soal terus menyerahkan kunci rumah kepada kami. Paling kelakar, kami mengenakan Pakcik Razak dengan meminta dia membayar harga minuman yang kami minum.

Selesai mengambil kunci, kami terus menuju ke rumah sewa tersebut sekali lagi untuk melihat keadaan rumah. Alhamdulillah rumah tersebut berada dalam keadaan baik dan hanya memerlukan sedikit kerja-kerja pembersihan sahaja.

Puas hati dengan keadaan rumah, kami bertolak ke rumah BaHa di Sri Gombak untuk menemui Mak Teh. Malangnya kami dimaklumkan Mak Teh tidak akan pulang awal kerana keluar dengan kawan-kawannya. Oleh kerana kami sudah sampai di Sri Gombak, kami berehat sebentar di rumah BaHa dan menunaikan solat Asar dan Maghrib di situ. Kebetulan BaHa dan keluarga tiada di rumah kerana pulang ke kampung di Terengganu. Kami bertolak pulang ke rumah masing-masing selepas selesai makan malam di salah sebuah restoran di sekitar Sri Gombak.

Wajah puas Ayah Chik kerana menemui apa yang dicari...

Fasa 2 (3 Januari 2009):
Mak Teh dan Pak Su bergerak ke Bestari Jaya (Batang Berjuntai) dengan menaiki Persona CCE3217 untuk mengambil baki barang-barang Pak Su yang masih ditinggalkan di rumah sewa lama. Di samping itu juga, Pak Su perlu ke UNISEL untuk membuat pembayaran yuran pengajiannya. Selesai urusan, mereka bergerak ke rumah sewa di PJ untuk mengambil barangan Ayah Chik pula untuk dibawa ke rumah sewa baru di BBS. Kemudian mereka terus bergerak ke rumah Mak Long pula untuk mengambil tilam. Memandangkan kereta Mak Teh sudah sarat dengan barang-barang, Mak Long bergerak ke BBS dengan menaiki kereta sendiri. Mak Long dan Mak Teh sebenarnya bercadang untuk menginap di rumah sewa BBS untuk membantu adik-adik membersihkan rumah mereka. Kami tiba di BBS lebih kurang jam 11.00 malam dan mendapati Ayah Chik sudah tiba lebih awal bersama kawan-kawannya. Kedatangan kawan-kawan Ayah Chik amat membantu kerana menolong mengangkut barang-barang naik ke tingkat 5. Kalau nak diharapkan Mak Long dan Mak Teh sahaja, memang jenuh la. Tambahan Ayah Chik pula kurang sihat manakala Pak Su sudah agak keletihan.


Sarat dengan barang-barang...

Lebih kurang jam 11.30 malam, kami selesai mengangkut barang-barang. Ayah Chik dan kawan-kawan bertolak pulang ke PJ manakala Mak Long, Mak Teh dan Pak Su menuju ke restoran berhampiran untuk makan malam. Selesai makan, kami menuju ke rumah BaHa untuk mengambil baki barang-barang Pak Su dan merembat tikar getah BaHa (idea Pak Su ni) untuk diletakkan di rumah BBS. Malam itu juga kami bersengkang mata membersihkan rumah dan meletakkan tikar dalam bilik. Malangnya tikar tersebut tidak mencukupi dan perlu dibeli lagi kemudian nanti. Agaknya sebab dirembat kot...Itu pasal tak cukup...Ngeh ngeh

Tikar siap diletakkan...

Di sinilah Mak Long dan Mak Teh melelapkan mata...

Nombor rumah BBS...

Fasa 3 (4 Januari 2009):
Mak Long, Mak Teh dan Pak Su bertolak ke rumah sewa Mak Teh di Manjalara pula untuk melihat keadaan rumah di samping mengambil sebahagian barangan Pak Su. Aduhai, banyak betul barang Pak Su ni, bersepah-sepah. isk2...

Rumah Mak Teh di Manjalara (Adam cakap Manjarara)

Mak Teh berlagak sibuk angkat barang...

Kami kemudian kembali ke BBS untuk menghantar barangan. Dalam perjalanan, kami sempat singgah sebentar di Carrefour Wangsa Maju untuk membeli beberapa barangan keperluan tambahan seperti baldi dan penceduk air. Malah Pak Su juga sempat menggunting rambut di sebuah kedai gunting segera (macam makanan segera je) sebelum meneruskan perjalanan.

Pak Su potong rambut, Mak Long tunggu kat luar je...

Kami tiba di BBS lebih kurang jam 2.30 petang dan Ayah Chik pula tiba dalam keadaan kesihatan yang tidak memberangsangkan, lebih kurang jam 3.00 petang.

Lebih kurang jam 5.00 petang, Mak Long menemani Ayah Chik ke tempat bertugasnya kerana dipanggil menjalankan tugas. Hampir 45 minit Mak Long menanti kerana kami bercadang untuk makan malam selepas itu.

Selesai makan malam, Mak Long meneruskan perjalanan pulang ke rumah untuk meneruskan kehidupan seperti biasa...

Kepada Mak Teh, Ayah Chik dan Pak Su, selamat menjalani kehidupan di rumah baru!

1 comment: