Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 31, 2009

Sekitar Majlis Ulang Tahun Kelahiran Adeef Amin

Tanggal 29hb Mac 2009 yang lepas telah berlangsungnya majlis hari lahir Muhammad Adeef (anak Ayah De) yang ke-1. Majlis diadakan di rumah Ayah De di Sri Gombak pada sebelah malam. Majlis disertai oleh beberapa Bakarianz (AyahChik, PakSu dan MakTeh) dan juga adik Mak De (Kak Syima) serta kawannya. Mak Long tidak dapat menyertai majlis pada kali ini kerana berada di Taiping dan masih dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Ayah Chik dan Pak Su sampai di rumah Ayah De pada pukul 6.00 petang. Rancangannya ialah untuk datang bersama-sama dengan Mak Teh, tetapi disebabkan Mak Teh meng'inform'kan terlalu lambat, jadi Ayah Chik dan Pak Su telah bertolak terlebih dahulu dan disusuli oleh Mak Teh yang tiba pada pukul 8.00 malam. Sebelum ketibaan Mak Teh, Mak Lang (adik Mak De) kepada Adeef telah sampai ditemani kawannya. Setelah kesemua jemputan tiba, maka bermulalah majlis ini dengan bersederhana sahaja tetapi meriah. Berikut ialah aksi-aksi sewaktu kejadian yang berjaya diambil.


Adam pun ada kek, tp kek kecik jer, adeef punya lg besar.

Abah, Mama, Adam, dan Adeef

Adam dan Adeef tiup kek, tapi nampaknya Adam je yang tiup.

Pak Su dan Adeef sebelum bermula acara majlis.

Antara hidangan yang disediakan.

Ayam KFC dan Kek Secret Recipe.

Setelah selesai majlis, Ayah Chik dan Pak Su pun telah me"napau" makanan yang banyak itu. Haha, Mak Teh pun sama. Mesti nak bagi kat kawan dia yang kedekut tu. kui3

Akhir sekali,
SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA FOR MUHAMMAD ADEEF AMIN.

Eng version:
HAPPY BIRTHDAY TO ADEEF AMIN FOR THE 1ST ANNIVERSARY.
MAY GOD BLESS YOU. :)

2 comments:

  1. Assalamualaikum..saya nak bertanya nie pasal suntikan meningitis yang saya baca kat entri sebelum nie..alkisahnya saya pun kena buat suntikan tu jugak untuk pergi umrah awal bulan 6 nanti, saya da tanya most of the hospital here putrajaya, serdang and last tadi klinik kesihatan petaling jaya tapi ubat da habis la pulak..so, ingat nak pegi HKL la, apa ye prosedur yang perlu ada untuk dapatkan suntikan nie..I mean apa dokumen yang perlu disediakan ..Terima kasih..maaf la tetiba je terjah tanya soalan

    ReplyDelete
  2. suhaili,

    waalaikumussalam, kalau awak nak dapatkan suntikan tu di HKL, awak kena hadir ke sana pada hari Jumaat sahaja pada jam 8-11 pagi di Jabatan Pesakit Luar. saya cadangkan awak pergi awal kerana pengalaman kami mendapati memang ramai yang nak dapatkan suntikan tu. lagipun HKL tetapkan kuota untuk dapatkan suntikan tu pada setiap hari jumaat.

    prosedurnya memang mudah, awak cuma perlu ke Jabatan Pesakit Luar. terus ke bilik no. 3 dan beli buku suntikan daripada jururawat bertugas pada harga rm3 sahaja. kemudian serahkan buku yang dah ditulis nama dan no. ic kepada jururawat dan tunggu giliran untuk dipanggil. alhamdulillah urusan kami hari tu memang mudah. semoga urusan awak pun dipermudahkanNya.

    ReplyDelete