Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 29, 2010

Jom Riadah - Siri 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, pagi ini tertunai juga hasrat MakLong setelah sekian lama bercita-cita nak berkunjung ke Hutan Simpan Bukit Nanas (HSBN) yang terletak di tengah-tengah bandaraya KL. Selama ini dengar cerita je tapi hari ini dengan ditemani oleh MakTeh, kami GIGIH bangun awal pagi dan menuju ke sana. Memang seronok memandu di awal pagi hujung minggu, jalan raya lengang dan kami tiba di destinasi dalam masa 15 minit sahaja. Melilau juga kerana ini kali pertama ke Menara KL. Haha. Jakun sey!

Mudah sebenarnya nak ke sana kerana lokasi rumah yang strategik, dekat dengan jalan utama. HSBN ini sebenarnya terletak di kaki Menara KL. Jadi kami parking kereta di tempat letak kereta Menara KL sahaja. Suasana memang lengang malah hanya kami berdua sahaja yang berlegar-legar (terkudik-kudik) di situ. Risau juga tapi sebab berdua, redah je alang-alang dah sampai di tempat kejadian.


Benda pertama yang kami cari sudah tentulah papan tanda arah. Mana nak tuju pun kami tak tahu. MakTeh yang baca peta arah tapi hampeh, salah arah rupanya. Apedaa MakTeh ni, baca peta pun terbalik. Kalau masuk hutan betul-betul dan MakTeh jadi jurupandu, confirm sesat barat. Haha.


(lihatlah dunia!)

(akhirnya aku jejakkan kaki di sini)

(peta yang MakTeh baca terbalik, hampeh!)

Jalan/Trek yang disediakan memang ok cuma penyelenggaraan kureng. Nampak macam terbiar je walaupun kawasan memang sangat nyaman. Bayangkan berada dalam hutan pokok di tengah hutan batu. Kalau setiap hari macam ni, mesti badan sihat. Otak pun cerdas.


(taman herba)

Kami teruskan perjalanan menuruni tangga dan singgah di taman herba. Macam-macam ada termasuk pokok Janggut Adam. Haha. Ada juga nama pokok herba macam tu ye. Lagi satu ada pokok Tapak Sulaiman. Ingatkan dalam laut je ada spesies nama tu, rupanya pokok herba pun ada juga.


(pokok herba - janggut adam)

Kami jalan lagi dan singgah di rumah orkid. Oleh sebab takde sorang pun manusia yang boleh ditanya, terpaksalah MakLong lantik MakTeh jadi jurucakap. Pokok orkid pun ada 2,3 spesies je. Macam ala kadar je. Perjalanan turun tamat di situ. Kami kena daki naik tangga untuk ke arah berlainan. Fuh! Ini yang semput. Turun ok lagi, nak naik mak ai, stamina! stamina! Where are u? We need u. MakTeh pun pancit juga, separuh nyawa haha.

Selepas dengan gigih mendaki tangga, kami sampai kat gate mula-mula masuk tadi. Nampak ada sorang staff tengah tampal kertas kat pokok. Terus ambil peluang tanya,

"Encik, jalan ke bawah ni boleh lalu ke?" sambil tunjuk ke arah jalan tar yang curam.

"Boleh, nanti sampai ke Sekolah Convent Bukit Nanas," jawab staf tu sambil senyum-senyum. Mungkin duk terfikir siapalah makhluk 2 orang yang rajin sangat datang ke sini pagi-pagi buta.

Maka kami pun menapaklah menuruni jalan raya yang curam tu. Jenuh cengkam hujung kaki tahan dari gelungsur. Jalan bengkang bengkok mak ai sikit punya baik. Last-last MakLong dan MakTeh lepak kat satu pondok tepi selekoh. Duk fikir nak teruskan ke tak. Teringat masa pergi Bukit Fraser tahun lepas. Macam tu la keadaan jalannya. Fikir punya fikir, kami ambil keputusan patah balik. Macam tak berbaloi je penat-penat turun lepas tu daki naik balik. Bukan ada apa pun, sekolah je. Lain la kalau ada air terjun ke, ok la juga.


(tong sampah - replika periuk kera)

(jurucakap tak bertauliah)

(Pandu arah)

(Oksigen! Oksigen!)

(Ular kena palu)

Memandangkan jam baru menunjukkan pukul 8.30 pagi, kami putuskan untuk beredar ke Menara KL. Bertahun-tahun tinggal di KL, ini baru kali pertama kami ke sini, haha. Jakun sekali lagi ye! Nampak pak guard tengah morning prayer, dengar amanat dari ketua diaorang tapi ada seorang yang standby. MakTeh pun sengih-sengih pergi tanya,

"Buka pukul berapa ye?"

"9.30 pagi," jawab macam hendak tak hendak je, punyalah MakTeh sengih melebar.

Kami pun naik eskalator, saje nak tinjau-tinjau apa yang ada di sekitar Menara KL ni. Tengok harga tiket, mak ai, RM38 untuk dewasa, RM16 untuk kanak-kanak. Tapi tak silap MakLong kalau datang berkumpulan/berkeluarga, boleh dapat harga pakej. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila lah browse/google ye. Maklumat di hujung jari.


(Menara KL)

(tong sampah - replika buah nanas)

(macam kat London je)

Kat ruang legar ada pameran telefon oleh Telekomuzium. Macam-macam jenis telefon ada, dari zaman awal-awal telefon awam diperkenalkan di Malaysia. Yang MakLong ingat, paling famous adalah yang warna oren tu. Yang lain-lain tu tak biasa tengok plak.

Sekali lagi, oleh sebab takde orang (belum bukak sebenarnya), kami buat cerita sendiri je bila tengok telefon-telefon tu. Haha.

(hello TokWan, MakTeh kat Menara KL ni)

(butang dapat balik duit - sape2 pernah jumpa?)




Pakaian pun tak sesuai, kaunter pun belum buka + tiket pun mahal, kami beredar keluar dan menuju ke destinasi seterusnya. Misi hari ini adalah bersiar-siar mengelilingi KL sebelum bertolak pulang ke kampung malam ni. Apa destinasi kami seterusnya? Tungggguuu!


(bersambung ke siri 2)

No comments:

Post a Comment