Kembara Kasih

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 29, 2010

Jom Riadah - Siri 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Destinasi kami yang seterusnya adalah Taman Tasik Perdana (TTP). Sebelum tu kami sempat pusing-pusing di sekitar Jalan TAR sambil menikmati keadaan jalan yang lengang. Bahagianya kalau tiap-tiap hari keadaan jalan macam ni.

Tiba di TTP, perkara pertama yang kami buat adalah 'isi minyak'. Kami lepak di satu gerai dalam TTP, pekena nasi lemak ayam dara, sepinggan seorang. Alhamdulillah :)

Bila minyak dah isi, takkan nak balik terus kan. Kami pun teruskan acara ronda-ronda keliling TTP, jalan kaki. Memang dah berubah TTP berbanding kali terakhir kami datang dulu. Ramai juga yang datang beriadah di sini. Kemudahan memang sangat baik di sini. Ramai pekerja yang menjaga dan membersihkan pokok-pokok. Rasanya lepas ni lebih kerap kami akan datang ke sini terutama pada hari ahad.

(kekenyangan lepas pekena nasi lemak ayam dara)

(ntah hape2 MakTeh ni)

(dah penat jalan, kami lepak baca suratkhabar jap. sebiji macam orang kaya hehe)

Dah banyak kali datang ke sini sebelum ni tapi tak pernah tahu pun ada taman rusa dan kancil. Paling best, masuk adalah percuma. Hehe. Apa lagi, kami pun masuklah nak tengok apa yang ada dalam tu. Ingatkan biasa-biasa je tapi menarik rupanya. Landskap pun cantik dan udara pun segar serta nyaman. Nampaknya memang terjaga.

(selamat datang ke taman rusa dan kancil)

(kancil @ mouse deer)

(fakta tentang kancil, kami baru tahu)

(air yang mengalir, indahnya alam ciptaan Ilahi)

(penat berjalan, singgah sekejap di pondok rehat. siap ada kipas lagi)

(rusa lepak)

(yang ni ketua kot, tanduk pun lain macam je)

(alangkah bagusnya kalau aku jadi rusa kan, mungkin itu yang difikirkan MakTeh)

(merpati pun tumpang sekaki)

Sebelum balik, kami singgah di Dinasour Park. Walaupun banyak permainan untuk kanak-kanak, orang dewasa pun boleh tumpang sekaki sebab banyak replika menarik. Taman permainan pun besar dan selesa.

Sedang ralit kami ambil gambar, lalu 3 orang unit berkuda penguatkuasa DBKL. MakLong pun tanya, boleh ambil gambar tak? Mestilah boleh kan tapi MakTeh je yang bergambar dengan kuda. Tak tahulah apa maksudnya, elok je MakLong snap gambar MakTeh, seekor kuda lagi buang najis. Hampeh betul, nasib baik tak tempias.

(auwww cak!)

(ceh! baru jalan skit dah penat)

(unit berkuda DBKL)

(air untuk diminum tapi tak lalu nak cuba, ambil gambar je cukuplah)

Memandangkan kami ada agenda lain untuk dipenuhi selepas tengah hari, kami tinggalkan TTP pada jam 11.00 pagi. Yang pasti, kami akan kembali lagi kerana ada beberapa aktiviti yang belum kami cuba di situ.

No comments:

Post a Comment